Pengenalan

Synergy Biz Club atau lebih dikenali dengan nama SBC adalah kelab usahawan yang mengumpulkan usahawan-usahawan dari merata tempat dan semua peringkat bagi menggalakkan mereka berniaga secara berkumpulan.

SBC lebih tertumpu kepada usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka secara berkumpulan. Jelas dengan tertubuhnya kelab ini akan dapat membantu mereka melipatkan gandakan keuntungan melalui aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.

Antara aktiviti anjuran SBC ‘Karnival Usahawan PJ’ bertempat di Dewan Pengantin Nora Andaman, Taman Medan pada 4 dan 5 Ogos 2019 berjaya mengumpulkan seramai 50 usahawan.

 

Matlamat & Tujuan SBC

SBC menyasarkan sehingga 500 usahawan yang akan bergerak secara berkumpulan. Pelbagai jenis perniagaan akan wujud di dalam SBC dari sektor yang sama atau tidak sama. Oleh yang demikian, akan ada persaingan antara usahawan dan perkara ini tidak perlu risau kerana SBC menerapkan usahawan saling bantu-membantu, tolak ansur dan bekerjasama dengan rakan usahawan yang lain.

Tujuan SBC adalah memupuk hubungan yang rapat atau ukhwah dalam berkumpulan menerusi perniagaan. Maka, setiap usahawan mempunyai peluang untuk menjual produk masing-masing walaupun produk itu adalah produk yang sama. Keharmonian dalam urusan perniagaan akan tercetus apabila sikap toleransi sesama usahawan dapat menjayakan sebarang majlis

 

Club House SBC

Ahli SBC akan sentiasa dapat berhubung seperti bertukar pandangan dan berkongsi maklumat berkaitan peluang-peluang perniagaan di Club House yang bertempat di SA Place, PJCC yang menyediakan kemudahan seperti ruang pejabat,ruang mesyuarat, ruang latihan, mesin fotokopi dan internet. Club House juga sebagai tempat berhimpun dan tempat berjumpa dengan ahli SBC yang lain atau bakal pelanggan masing-masing.

Waktu Club House beroperasi dari jam 10 pagi - 10 malam pada setiap hari. Alamat Club House : Synergy Biz Club, SA Place, 17-5 PJS 5/30, PJCC, Petaling Jaya

 

Ahli SBC

1) Ahli SBC boleh datang ke Club House pada bila-bila masa hari bekerja. Dengan adanya Club House ia dapat menjimatkan belanja usahawan untuk berjumpa pelanggan masing-masing. Sekiranya perjumpaan di rumah pula, mungkin pasangan tidak berasa selesa atau kurang fokus semasa menerangkan produk kerana gangguan daripada anak-anak yang masih kecil.

2) Harga diskaun untuk produk jika membeli sesama ahli SBC. SBC akan senaraikan nama serta jenis perniagaan rakan-rakan ahli SBC agar dapat memudahkan dan mengutamakan berurusan jual beli bersama rakan-rakan ahli SBC. SBC menggalakkan ahli SBC menjual harga murah dari harga pasaran dan SBC tidak letak syarat wajib untuk diskaun. Ianya terpulang kepada ahli SBC kerana wujudnya persaingan sihat antara ahli SBC dalam mendapatkan jualan.

3) Pada masa kini, online semakin popular dan mudah diperolehi. Dengan ini SBC menyediakan perkhidmatan Website SBC untuk membantu ahli SBC membuat iklan di media sosial. Justeru itu ianya merupakan platform terkini dalam memasarkan produk masing-masing. Website SBC ini akan dilancarkan pada tahun ini dan kandungan website meliputi cara mendaftar secara online, kategori produk, buletin dan galeri.

 

Sasaran SBC dimasa hadapan

mengeluarkan majalah dan katalog bagi setiap perniagaan.

 

Konsep SBC adalah semakin ramai usahawan yang mendaftar, jualan semakin meningkat dan secara tidak langsung dapat mengenal sesama kita semua. Insyaallah.