Marketing atau pemasaran merupakan tunjang kepada sesebuah perniagaan bagi memastikan perniagaan kita terus berkembang yang mana ia adalah satu langkah untuk memperkenalkan produk atau servis untuk dikenali dengan lebih ramai serta lebih fokus kepada prospek tertentu yang disasarkan
Marketing adalah nyawa kepada perniagaan kita yang mana tanpa marketing matilah bisnes kita. Tanpa marketing prospek tidak akan kenal produk kita,. Kalau orang tak kenal macamana orang nak beli produk kita? Marketing wajib kita kena buat setiap hari, non stop! Kena sentiasa konsisten. Janganlah hari ini kita buat tapi esok lusa kita dah malas nak buat. Kena sentiasa konsisten untuk kekalkan momentum perniagaan kita.
Sebagai contoh, Milo walaupun sudah mencecah lebih 80 tahun di pasaran tapi masih lagi buat marketing hingga sekarang, begitu jugalah dengan kita yang mana marketing kena konsisten buat setiap hari. Antara platform yang kita boleh gunakan antaranya adalah menggunakan social media yang kita gunakan setiap hari Facebook, WhatsApp, Instagram, Telegram dan juga website seperti www.kedaishikin.com dan lain-lain
Marketing memainkan peranan penting yang mana kita perlu tarik perhatian prospek kita untuk kenapa mereka perlu memilih brand kita berbanding brand lain. Kalau brand kita sentiasa berada di mata prospek / pelanggan, mereka dah tak nampak pilihan lain lagi jadi disitu “MARKETING” memainkan peranan penting yang mana marketing perlu buat orang percaya dan yakin dengan brand yang kita bawa.
Dengan membuat marketing secara konsisten, perniagaan kita akan cepat berkembang dengan pantas. Formula “konsisten”ini bakal membuatkan lebih ramai orang tahu tentang produk yang kita pasarkan. Malah, orang akan stay dengan brand kita bila brand kita melekat difikiran mereka. Dan dari situ, muncullah kelompok dari pengguna boleh bertukar menjadi Dropship dan seterusnya dari Dropship berubah untuk menjadi salah seorang Agent kita. Formula ini bakal membuatkan kita dapat grow perniagaan kita dengan lebih jauh lagi.